KATA ALUAN

Assalammualaikum Warrahmatullahiwabarakatuh Dan Salam Sejahtera.



Terima kasih atas kehadiran saudara budiman semua ke halaman sesawang JKKK Kampung Batu 14 Puchong.

Sesungguhnya kesudian saudara budiman semua melawat halaman ini amat menggembirakan kami. Di halaman ini kami amat berbesar hati untuk menyertakan serba sedikit maklumat berkaitan kampung tercinta kami.

Seiring dengan pembangunan pesat di kawasan sekitar yang pasti melibatkan kampung kami, diharapkan maklumat yang disertakan dapat memberi input berguna untuk pengetahuan saudara budiman semua.

Kami akan mengemaskini maklumat semasa berkaitan kampung khususnya berdasarkan perkembangan dari semasa ke semasa dan mengikut keperluan.

Akhir kalam, kami berharap saudara budiman semua beroleh kesejahteraan dalam mengenali Kampung Batu 14 Puchong.


Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Naik kapal hendak ke Tanjung
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat

Hari ini menugal jagung
Hari esok menugal jelai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita berlambai